“Dan barang siapa membunuh seorang yang beriman dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka Jahannam, dia kekal di dalamnya. Allah murka kepadanya, dan melaknatnya serta menyediakan azab yang besar baginya” (an-Nisa’: 93).
Mira di dalam dilema memikirkan destinasi yang bakal ditujui seterusnya. Air mata mengalir laju mengikut rentak tren komuter yang bergerak di dalam terowong gelap. Fikirannya tentang Rizal yang meninggalkannya setelah menerima berita bahawa Mira berbadan dua hasil dari perbuatan mereka yang hanyut dengan nafsu dan cinta. Dari stesen Subang Jaya ke Petaling jaya, tangisan Mira tak henti-henti sambil memegang perutnya yang sudah kelihatan sugul. Sekali lagi Mira teringatkan Rizal dan akhirnya sudah mencapai satu kata putus, lantas dia mengeluarkan pemetik api dan tahu destinasi yang akan ditujuinya. Dan esok, kandungannya bakal dikenali ramai dan mendapat liputan luas di dalam akhbar-akhbar diseluruh Malaysia.
Masalah pembuangan bayi semakin berleluasa malah bukan sahaja menggugurkan bayi namun mereka juga menggunakan cara yang kejam untuk menghapuskan bukti tersebut iaitu dengan membakar, mengkisar, membuang di dalam sungai dan yang paling tidak diterima akal dipotong dan diberi kepada binatang untuk menjamu selera. Persoalannya kemanakah perginya nilai kemanusiaan itu? Adakah wajar hukuman berat membendung gejala membuang bayi? Sekiranya iya, apakah jenis hukuman yang wajar dijatuhkan ke atas manusia yang bertopengkan syaitan ini?
Hukuman yang sedia ada sebenarnya adalah tidak mencukupi atau efektif bagi menangani masalah ini. Setelah kami selidiki dan membincangkan isu ini, satu bentuk mekanisma ataupun hukuman yang lebih efisyen perlu dipraktikkan didalam menangani masalah yang semakin menular di dalam masyarakat kita pada masa kini. Bagaikan barah yang merebak setiap hari, ianya sama seperti kes pembuangan bayi ini. Sekiranya, ia tidak dibendung dari akar umbi, nescaya gejala ini akan menyebabkan berlakunya gejala-gejala lain timbul dan merosakkan lagi akidah umat manusia.
Hukuman-hukuman berat perlu dilaksanakan dan dalam masa yang sama masyarakat perlu diberi pendedahan dan didikan dari awal bagi mengatasi fenomena ini dari terus berterusan. Disini disenaraikan beberapa hukuman berat yang wajar dilaksanakan:
1. Hukuman sebat di khalayak ramai
2. Rejam sampai mati (bagi yang sudah berkahwin)
3. Pesalah dicop dengan besi panas di dahi tanda beliau pernah melakukan zina
4. Perlu memohon maaf dikhalayak ramai (melalui media massa)
5. Hukuman penjara 20 tahun dan dalam masa yang sama kompaun RM100 000
6. Renjatan elektrik di khalayak ramai
Dalam masa yang sama, pendedahan dan didikan awal juga dipraktikkan bagi mencegah amalan ini. Antaranya:
1. Melaksanakan hukuman-hukuman berlandaskan hukuman Islam (hudud)
2. Menghapuskan semua pusat-pusat pelacuran dan hiburan
3. Penzinaan diselesaikan dengan cara Islam
4. Hukuman yang dilaksanakan perlu lebih telus
5. Kempen akidah yang wajib disertai oleh semua remaja lepasan PMR selama 3 bulan
6. Ibu bapa diwajibkan menghadiri kursus didikan dan bimbingan anak-anak
7. Masyarakat perlu dididik cara untuk berhadapan dan mengatasi masalah ini (melalui media massa)
8. Subjek agama Islam dan sivik di sekolah perlu ditekankan, didalami dan dipelajari dengan meluas serta di implikasikan di dalam norma-norma kehidupan.
Kesimpulannya, gejala pembuangan bayi perlu dilihat dari pelbagai aspek. Masyarakat tidak seharusnya menuding jari dan memfokuskan kepada gejala ini semata-mata tetapi haruslah menyelidik dan mengenal pasti punca berlakunya gejala ini. Oleh itu, hukuman berat dan didikan haruslah bergerak seiring seperti irama dan lagu yang tidak boleh dipisahkan.
“MARILAH BERSAMA-SAMA MEMBANTERAS GEJALA INI AGAR KITA TIDAK DIPERSOALKAN DIKEMUDIAN HARI”.